awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hampir separuh kes kematian di Sabah babitkan individu tidak pernah divaksin

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
26/02/2022
21:00 MYT
COVID-19: Hampir separuh kes kematian di Sabah babitkan individu tidak pernah divaksin
Dr Rose berkata, pihaknya mengambil maklum tentang peningkatan kes kematian akibat COVID-19 seperti yang dilaporkan. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Sebanyak 48.4 peratus kes kematian akibat COVID-19 di Sabah membabitkan individu yang tidak pernah menerima suntikan vaksin COVID-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, pihaknya mengambil maklum tentang peningkatan kes kematian akibat COVID-19 seperti yang dilaporkan.
Menurutnya, sebanyak 93 kes kematian akibat COVID-19 telah direkodkan dalam tempoh 8 hingga 23 Februari 2022.
"Ini merangkumi kematian yang berlaku di hospital iaitu sebanyak 47 kes dan kematian yang berlaku di luar fasiliti kesihatan (brought-in-dead atau BID) sebanyak 46 kes.
"Sejumlah 84 peratus kes kematian yang direkodkan mempunyai sejarah komorbiditi yang antaranya adalah seperti kencing manis, darah tinggi, kanser dan penyakit kerosakan buah pinggang," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Sementara itu, hanya 43 peratus kes kematian membabitkan mereka yang mempunyai vaksinasi lengkap.
Tambahnya, majoriti kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) tidak menerima dos penggalak.
"Antara faktor-faktor penyumbang kepada kematian di rumah (BID) adalah keluarga beranggapan bahawa gejala yang dialami adalah ringan dan tidak terlalu teruk, pesakit sendiri enggan mendapatkan rawatan serta gejala timbul kurang daripada 24 jam.
"Antara gejala utama yang dikenalpasti adalah kurang selera makan, berasa lesu dan tidak bermaya," katanya.
Justeru, Dr Rose Nani berkata, semua individu yang layak menerima dos penggalak, terutama golongan berisiko tinggi seperti mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas serta mempunyai penyakit-penyakit komorbid, disarankan untuk segera mendapatkan suntikan vaksinasi primer dan dos penggalak.
"Ibu bapa juga diminta untuk membawa anak-anak mereka yang berusia lima tahun hingga di bawah 12 tahun untuk mendapatkan vaksin.
"Vaksin melindungi anak-anak mereka daripada dijangkiti COVID-19 yang mungkin boleh menyebabkan kematian," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#kes kematian
#tidak divaksin
#COVID-19
#Dr Rose Nani Mudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan