[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

COVID-19: Hanya 0.5 peratus kes baharu kritikal, ini tumpuan kenyataan media KKM

Hilmi Malik 22/08/2021 | 12:15 MYT
Dr Noor Hisham berkata, jumlah kumulatif bagi kes kematian kini sebanyak 14,168 termasuk 232 kematian baharu hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sebanyak 98.3 peratus daripada 19,807 kes COVID-19 baharu dicatatkan hari ini melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu masing-masing tidak bergejala serta gejala ringan.
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah:
1. Sebanyak 49.7 peratus atau 9,840 kes merupakan pesakit kategori 1 manakala kategori 2 (9,625 kes atau 48.6 peratus).
2. Kes kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan atau pesakit kategori 5 adalah sebanyak 0.5 peratus atau 104 kes.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3. Jumlah kumulatif bagi kes kematian kini sebanyak 14,168 termasuk 232 kematian baharu hari ini.
4. Kes aktif adalah sebanya 262,255 kes.
5. Seramai 1,026 pesakit sedang dirawat di ICU, 496 kes memerlukan bantuan pernafasan.
#KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #kes baharu #kes kematian #ICU #COVID-19