awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan aktifkan Zon Pengurusan Bencana di kawasan parkir khas

Hilmi Malik
Hilmi Malik
09/07/2021
11:00 MYT
COVID-19: Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan aktifkan Zon Pengurusan Bencana di kawasan parkir khas
Parkir itu sememangnya ruang yang telah digazetkan sebagai DMZ yang direka khas semasa awal pembinaan hospital bagi menghadapi kes-kes bencana kimia dan biologi. - Gambar/ Facebook Cik Atiqa
KUALA LUMPUR : Ruang parkir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang direka khas semasa awal pembinaan bagi dijadikan Zon Pengurusan Bencana (DMZ) untuk menghadapi kes bencana kimia dan biologi, hari ini diaktifkan bagi pesakit COVID-19.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya telah membuat tinjauan di DMZ itu yang terletak di parkir bawah tanah yang sudah bersedia menerima pesakit COVID-19 tahap empat dan lima dari Lembah Klang.
“Parkir tersebut sememangnya ruang yang telah digazetkan sebagai DMZ yang direka khas semasa awal pembinaan hospital berkenaan bagi menghadapi kes-kes bencana kimia dan biologi.
COVID-19 | Hospital Tuanku Mizan sedia terima pesakit
“Ia juga disokong dengan faktor kemudahan sedia ada yang telah terbina di kawasan berkenaan dari aspek bekalan kuasa elektrik, bekalan oksigen, vacuum ports dan lain-lain bantuan sokongan perubatan yang mampu mengendalikan pesakit dengan kapasiti yang bersesuaian,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, katanya zon berkenaan yang mula beroperasi pada Jumaat berkeupayaan menyediakan sebanyak 50 katil tambahan bagi pesakit COVID-19.
Ujarnya, persiapan di hospital berkenaan turut dibantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Beliau membuat lawatan di hospital berkenaan pada Jumaat diiringi Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ATM
#Hospital Tuanku Mizan
#DMZ
#Zon Pengurusan Bencana
#pesakit tahap lima
#Lembah Klang
#parkir
#bencana kima
#biologi
#Affendi Buang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan