KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan hospital awam (hospital di bawah KKM, hospital universiti awam dan hospital angkatan tentera) dan swasta di bawah pengoperasian secara hibrid berdasarkan konsep Hospital Kluster di bawah Pusat Kawalan COVID-19 Bersepadu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Hospital Kluster itu akan beroperasi untuk merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 mengikut arahan yang akan dikeluarkan KKM.
"Sehingga Isnin, terdapat 210 hospital swasta berlesen di mana 129 hospital swasta menawarkan perkhidmatan pesakit dalam bidang perubatan dalaman. Daripada jumlah tersebut, 96 hospital swasta telah bersetuju untuk menyediakan rawatan COVID-19 di mana jumlah katil setakat ini adalah 1,252 katil, 65 katil ICU (Unit Rawatan Rapi) dan 54 mesin ventilator.
"Kerajaan akan mengoptimumkan kapasiti makmal sedia ada terutama di jabatan kerajaan dan universiti awam untuk pengujian dan pengesanan COVID-19 secara berskala besar," menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengenai pendekatan utama yang dikenal pasti selepas sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali memutuskan integrasi perkhidmatan hospital awam dan swasta dalam tempoh darurat bagi memastikan koordinasi yang sistematik dan jaminan akses kesihatan menyeluruh serta bersepadu dapat dilaksanakan kepada pesakit COVID-19 dan bukan COVID19.
Dr Noor Hisham berkata bangunan kerajaan yang sesuai akan dikenal pasti di negeri atau daerah sebagai pusat pengambilan ujian calitan.
"Mobilisasi aset seperti kenderaan juga akan diselaraskan untuk perkhidmatan kesihatan umum agar lebih bersepadu dan teratur.
"Sumber perubatan seperti peralatan, peralatan perlindungan diri (PPE), ubat-ubatan pula akan dimobilisasikan mengikut keperluan hospital terutama bagi perkhidmatan kesihatan umum termasuk memobilisasikan anggota perubatan seperti jururawat dari hospital swasta khususnya yang mempunyai kepakaran tertentu untuk bertugas sementara di hospital awam," katanya.
Menyentuh mekanisme pembiayaan pesakit COVID-19 oleh pihak insurans di hospital swasta, beliau berkata ia sedang diperhalusi Kementerian Kewangan, KKM, Bank Negara Malaysia dan industri insurans.
"Seperti yang disebut Ketua Setiausaha Negara, buat masa ini, peranan sektor swasta diperkasakan bagi merawat pesakit COVID-19 yang mampu membayar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021
Dr Noor Hisham berkata Hospital Kluster itu akan beroperasi untuk merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 mengikut arahan KKM.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Kompleks letak kenderaan bertingkat selesai isu kekurangan parkir HRPB
Sivanesan berkata bagaimanapun kos pembinaan kompleks itu akan ditanggung sepenuhnya syarikat berkenaan.
Dr Zaliha harap isu pakaian jururawat hospital awam tidak terus diperbesar
Kementerian Kesihatan (KKM) berharap isu pakaian jururawat hospital awam tidak terus diperbesar.
Mogok: Kumpulan doktor kontrak tidak berganjak daripada keputusan
Kumpulan doktor kontrak yang merancang untuk mengadakan mogok tiga hari bermula Isnin tidak akan berganjak daripada keputusan mereka untuk meneruskan tindakan itu.
Hospital Cyberjaya dioperasikan sepenuhnya sebagai hospital awam
Hospital Cyberjaya akan dioperasikan sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).
ADUN pembangkang Perak cadang wujudkan hospital baru di tapak MAPS
MAPS di Meru Raya yang ditutup Januari tahun lalu dicadang dijadikan lokasi pembinaan hospital berkenaan.
COVID-19: Kapasiti katil hospital di kawasan GKV ditingkatkan
Langkah berkenaan dibuat berikutan situasi terkini penularan wabak itu di GKV merangkumi kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Sultan Selangor zahir rasa sukacita kelulusan pembinaan hospital di Kapar
Perancangan pembinaan hospital itu sudah lama dibuat bagi menampung peningkatan ketara bilangan pesakit di Selangor, khususnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
COVID-19: Hospital awam, swasta diletak di bawah pengoperasian hibrid - KP Kesihatan
Hospital Kluster itu akan beroperasi untuk merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 mengikut arahan yang akan dikeluarkan KKM.
Pusat Penilaian COVID-19 selaras hospital awam, swasta dijangka mula operasi minggu depan
Pusat penilaian COVID-19 dijangka memulakan operasi minggu depan untuk menyelaras serta mengintegrasi hospital awam dan swasta dalam menguruskan kes pandemik berbahaya itu di negara ini.
Kapasiti hospital awam meningkat selepas berjaya ratakan lengkungan jangkitan COVID-19
Ia membolehkan kementerian meningkatkan lagi persiapan sekiranya ada gelombang baharu akibat wabak itu.