awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ikea Damansara ditutup sehari, pekerja sambilan disyaki dijangkiti

Astro Awani
Astro Awani
07/11/2020
06:35 MYT
COVID-19: Ikea Damansara ditutup sehari, pekerja sambilan disyaki dijangkiti
Ikea cawangan Damansara akan beroperasi semula pada 8 November ini.
KUALA LUMPUR:Kedai kelengkapan rumah, Ikea Damansara ditutup selama sehari hari ini selepas seorang pekerja sambilannya disyaki dijangkiti COVID-19.
Ikea dalam kenyataan medianya berkata, syarikat tersebut dimaklumkan pada 6 November (Jumaat) bahawa petugas berkenaan disyaki dijangkiti COVID-19 dan kini di bawah jagaan pihak berkuasa sambil menunggu ujian.
“Sebagai tindakan pencegahan proaktif, cawangan kami akan ditutup pada 7 November untuk menjalani kerja-kerja sanitasi dan pembersihan, sesuai dengan standard Kementerian Kesihatan.
“Cawangan kami akan beroperasi semula pada 8 November 2020,” kata syarikat itu lagi.
Ikea turut menjelaskan, kali terakhir pekerja berkenaan bertugas di premis tersebut ialah pada 30 Oktober lalu.
Sehubungan itu, Ikea kini bekerjasama dengan pegawai kesihatan dan akan mengikut nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa.
“Kami (Ikea) akan terus memastikan semua langkah pencegahan dilakukan di cawangan kami untuk memastikan keselesaan dan keselamatan semua orang.
"Langkah-langkah ini termasuk aplikasi MySejahtera untuk menjejaki kontak, penanda penjarakan fizikal, pengimbas suhu di semua pintu masuk dan menyediakan sanitizer.
"Kami juga menggalakkan semua orang melakukan kewajipan mereka dengan menyokong dan mengikut arahan kerajaan untuk mencegah penyebaran Covid-19," kata Ikea lagi.
Topic Berkaitan
#COVID19
#Ikea Damansara
#ditutup sehari
#pekerja sambilan
#disyaki dijangkiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan