MALAYSIA

COVID-19: Jangkitan baharu menurun, 4,854 kes direkodkan

Raja Hisyam Raja Zaid 21/11/2021 | 07:27 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pandemik itu meragut 41 lagi nyawa sehingga Sabtu malam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Kes jangkitan baharu COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam yang lalu menunjukkan penurunan berbanding hari sebelumnya dengan 4,854 direkodkan.

Pada Sabtu 5,859 kes baharu dilaporkan.

Pertambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan dalam negara akibat pandemik itu mencecah angka 2,586,601.

Wabak COVID-19 juga, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meragut 41 lagi nyawa sehingga Sabtu malam, menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia sebanyak 29,978.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagaimanapun, katanya sebahagian besar kes COVID-19 yang dicatatkan melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.2 peratus atau bersamaan 4,768 kes, manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 iaitu sebanyak 1.8 peratus iaitu sebanyak 86 kes.

Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 541 kes dan daripada jumlah itu juga, 267 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 5,525 kes dengan keseluruhan kes pulih kini 2,487,809.

Pihak KKM bagaimanapun mengesan tiga lagi kluster baharu pada Ahad manakala jumlah kluster yang ditamatkan adalah 5,646.

Jumlah kluster aktif pula adalah 235.


#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan #KKM #Malaysia #Noor Hisham Abdullah #pandemik #Twitter