PUTRAJAYA:Kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) di Malaysia bagi pandemik COVID-19 dijangka berada pada tahap 0.95 hingga 1.05 dalam tempoh dua minggu lagi berbanding 0.96 yang dicatatkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk tempoh itu juga, jumlah kes harian yang dijangka dicatatkan ialah kira-kira 845 hingga 1,700 jika tiada peningkatan dari segi kadar jangkitan.
"Kita akan pantau dalam tempoh dua minggu ini untuk melihat perkembangan kes harian. Kalau kes lebih kurang sebagaimana yang kita jangkakan, kita boleh hidupkan ekonomi kita, tapi kalau kes bertambah kita akan fikir dan gunakan strategi yang lain.
"Kebimbangan kita adalah kalau Rt meningkat kepada 1.5, jangkaan kes harian adalah lebih kurang 6,500 manakala jika Rt meningkat kepada 2.2 seperti permulaan gelombang ketiga, mungkin kes akan mencecah lima angka," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun kerajaan memberikan kelonggaran untuk merentas negeri dan daerah, semua pihak dinasihatkan agar tidak terdedah dengan kes positif bagi mengelak dijangkiti virus itu dengan mengamalkan syor yang telah diberikan Kementerian Kesihatan (KKM).
BACA: COVID-19: 959 kes baharu, lima lagi kes kematian dicatat
Dr Noor Hisham berkata KKM telah mengenal pasti Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di beberapa negeri seperti di kawasan Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sebagai persediaan menghadapi pertambahan kes positif daripada Kategori 1 dan 2 iaitu pesakit COVID-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan berikutan perluasan saringan ke atas pekerja khususnya pekerja asing di kilang serta tapak binaan.
"Sekiranya ada pertambahan kes positif di kategori 1 dan 2, kita akan tempatkan di PKRC manakala kategori 3, 4, dan 5 pula kita percaya hospital-hospital kita masih boleh menampung jumlah pesakit," katanya.
Mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini yang mendakwa vaksin dari China tidak berkesan untuk merawat COVID-19, beliau berkata perkara itu adalah tidak benar.
Dr Noor Hisham berkata ini kerana China adalah antara negara yang berpengalaman mengeluarkan vaksin termasuk bagi merawat penyakit berjangkit sebelum ini seperti Influenza, Polio dan Hepatitis A.
Katanya perbezaan vaksin yang dikeluarkan kali ini menyaksikan ia perlu menjalani beberapa tahap ujian klinikal bagi mengenal pasti keberkesanan dan kesan sampingan.
Beliau berkata sehingga kini, terdapat 12 vaksin yang sedang dikaji dan telah melalui beberapa ujian klinikal.
"Kita masih memantau vaksin tersebut dan kita masih menunggu kalau ada penyerahan kepada KKM dan kita akan lihat kepada keberkesanan dan kesan sampingan vaksin tersebut," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed Dec 09 2020
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk tempoh itu juga, jumlah kes harian yang dijangka dicatatkan ialah kira-kira 845 hingga 1,700 jika tiada peningkatan dari segi kadar jangkitan. - Gambar fail
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Penurunan nilai R-Naught tidak beri indikasi jangkitan kes akan menurun - Pakar Kesihatan Awam
Meskipun nilai R-Naught yang dicatatkan ketika ini memberi sedikit kelegaan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat di negara ini.