MALAYSIA
COVID-19: Kadar kebolehjangkitan kekal, Kelantan tertinggi
Pada Rabu, ia kekal 1.07 selama tiga hari berturut-turut.
SEBANYAK 12 negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi purata kebangsaan.
Pada Rabu, ia kekal 1.07 selama tiga hari berturut-turut.
Kelantan catat kadar tertinggi dengan 1.31 diikuti Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah.
Seterusnya Johor, Kuala Lumpur, Sarawak, Pahang, Selangor, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan.
Sementara Perlis dan Labuan masing-masing rekodkan 11 dan 5 kes baharu.
Nilai RT/RO | Kekal 1.07, Kelantan tertinggi
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.