MALAYSIA

COVID-19: Kajian ujian saringan air liur selesai, sensitiviti lebih 90% - Dr Noor Hisham

Afiezy Azaman 07/07/2021 | 03:05 MYT
IMR telah selesai menjalankan kajian mengenai penggunaan dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Institut Kajian Perubatan (IMR) telah selesai menjalankan kajian mengenai penggunaan dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua kaedah ujian saringan COVID-19 itu mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.

"Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memperincikan panduan pengunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan," katanya melalui ciapan di Twitter, pada Rabu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebelum ini, Dr. Noor Hisham menyatakan kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19 akan tersedia di pasaran dalam tempoh terdekat.

Menerusi penggunaan kit ujian air liur itu, individu berkenaan tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan COVID-19.

Dua kit ujian akan diperkenalkan dan dijual di farmasi.


#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #ujian saringan #COVID-19 #kit ujian air liur #KKM