awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kerajaan nafi kos vaksin lebih tinggi daripada Belgium

Bernama
Bernama
28/12/2020
08:43 MYT
COVID-19: Kerajaan nafi kos vaksin lebih tinggi daripada Belgium
Kerajaan Malaysia membayar RM2.05 bilion bagi perolehan 26.5 juta vaksin COVID-19 untuk diberikan kepada 26.5 juta rakyat negara ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan hari ini menafikan bahawa kos vaksin COVID-19 untuk seorang rakyat Malaysia lebih mahal daripada yang ditampung Belgium.
Mengulas perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah berkata kerajaan Belgium menempah 33.5 juta dos vaksin untuk diberikan kepada 16.7 juta rakyatnya dengan harga RM1.38 bilion.
"Belgium akan memberikan dua dos vaksin kepada setiap rakyatnya dengan anggaran harga RM82.40 (seorang)," katanya sewaktu menggulung Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2020 di Dewan Negara di sini.
Kerajaan Malaysia pula katanya membayar RM2.05 bilion bagi perolehan 26.5 juta vaksin COVID-19 untuk diberikan kepada 26.5 juta rakyat negara ini.
"Harga bagi seorang rakyat Malaysia ialah RM77.35. Ini menunjukkan harga kita lebih rendah daripada Belgium. Saya harap penjelasan ini dapat mengelakkan kekeliruan yang timbul," katanya.
Sebelum ini tular dakwaan Malaysia membayar harga vaksin COVID-19 kira-kira 20 kali ganda lebih tinggi berbanding yang dibayar kerajaan Belgium.
Mengenai dakwaan terdapat penglibatan 'orang tengah' dalam pemerolehan vaksin, Mohd Shahar berkata bekalan tersebut diperoleh terus daripada syarikat farmaseutikal.
Katanya pemerolehan juga dilakukan menerusi tiga lagi kaedah, iaitu penyertaan dalam 'Covax facility' dan 'Covax optional purchase agreement', bilateral kerajaan dengan kerajaan (G2G) dan tender terbuka dalam jangka panjang.
"Saya yakin Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin yang dipengerusikan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah seliaan Kementerian Kewangan akan memastikan semua perkara ini diutamakan agar rancangan penyediaan vaksin berada pada tahap optimum," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#Malaysia
#Belgium
#harga
#nafi
#lebih mahal
#kerajaan
#Timbalan Menteri Kewangan II
#Mohd Shahar Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan