COVID-19: Kes baharu 4,498, lonjakan hampir 1,000 kes

Astro Awani
Mei 7, 2021 08:23 MYT
Selangor terus mendahului jumlah kes tertinggi dengan 1,424 diikuti Sarawak dengan 750 dan Kuala Lumpur dengan 436.
KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan angka membimbangkan iaitu sebanyak 4,498 kes.
Kementerian Kesihatan menerusi Twitter memaklumkan, ia merupakan pertambahan hampir 1,000 kes berbanding semalam.
Ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 432,425 kes.
Kes aktif terus bertambah dengan angka terkini ialah 34,789 kes.
Selangor terus mendahului jumlah kes tertinggi dengan 1,424 kes diikuti Sarawak dengan 750 kes dan Kuala Lumpur dengan 436 kes.
Sebanyak 375 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 211 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
KKM turut memaklumkan terdapat 22 lagi kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 1,632.

Sehingga 7 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 4,498 kes (432,425 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 1,424 (140,270) Sabah - 153 (58,733) Johor - 327 (47,318) WP KL - 436 (46,003) Sarawak - 750 (34,227) P Pinang - 313 (21,258) N Sembilan -188 (19,453) 1/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kelantan - 297 (16,474) Perak - 148 (15,416) Kedah - 209 (10,839) Melaka - 74 (7,835) Pahang - 78 (5,590) Terengganu - 87 (4,728) WP Labuan - 2 (2,477) WP Putrajaya - 8 (1,428) Perlis - 4 (376) 2/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #KKM #kes positif