MALAYSIA

COVID-19: Kes baharu kembali meningkat, 6,440 jangkitan direkodkan

Hilmi Malik 18/06/2021 | 06:55 MYT
Angka jangkitan baharu COVID-19 kembali mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 6,440 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
KUALA LUMPUR : Angka jangkitan baharu COVID-19 kembali mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 6,440 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 685,204 kes
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri Selangor masih melaporkan jangkitan harian tertinggi dengan 2,095 kes dilaporkan diikuti Negeri Sembilan (870 kes) dan Kuala Lumpur (816 kes).
Berikut merupakan pecahan kes bagi setiap negeri:
Selangor - 2,095
WPKL - 816
Sabah - 199
Johor - 592
Sarawak - 536
Negeri Sembilan - 870
Kelantan - 200
Pulau Pinang - 122
Perak - 357
Kedah - 159
Melaka - 223
Pahang - 79
Terengganu - 32
WP Labuan - 152
WP Putrajaya - 6
Perlis - 2
Sementara itu, Malaysia turut mencatat pertambahan 74 korban menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kini sebanyak 4,276.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, berdasarkan jumlah jangkitan baharu yang dilaporkan, terdapat lima kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.
"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 65,602 kes," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 894 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 451 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala jumlah pesakit sembuh ialah sebanyak 615,326 kes termasuk dengan kes pulih dalam tempoh 24 jam lalu seramai 6,861 orang.
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #KKM #ICU #koronavirus #kes baharu #kes kematian