COVID-19: Kes baharu lepasi paras 20,000 - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Februari 11, 2022 11:18 MYT
Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan selepas 20,939 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan selepas 20,939 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,996,361 kes.
Beliau menambah, sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 99.44 peratus atau 20,821 kes.
Pesakit kategori 3, 4, dan 5 pula sebanyak 118 kes atau bersamaan 0.56 peratus.

Pada 11 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,939 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,996,361 kes. Drp kes harian yang dilaporkan pada hari ini; 118 kes (0.56%) kategori 3, 4 & 5; 20,821 kes (99.44% kategori 1 & 2.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Daripada 20,939 kes jangkitan baharu, sebanyak 121 adalah kes import dan 20,818 kes tempatan.
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 5,807 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,841,271 kes.
Sebanyak 155 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 80 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Sebanyak 20 lagi kluster baharu turut dikesan hari ini, dengan 410 kluster masih lagi aktif.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #kes harian