COVID-19: Kes baharu masih lebih 6,000, Selangor tertinggi dengan 2,262 kes

Astro Awani
Julai 4, 2021 09:08 MYT
Angka jangkitan baharu COVID-19 dalam negara merekodkan 6,045 kes bagi tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini ialah 778,652 kes.
KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 dalam negara merekodkan 6,045 kes bagi tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini ialah 778,652 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di laman Twitternya berkata, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 2,262 kes.
Ini diikuti Kuala Lumpur 616 kes, Johor 500 kes, Perak 384 kes, Sarawak 365 kes, Kedah 332 kes dan Melaka 290 kes.

Sehingga 4 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,045 kes (778,652 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 2,262 (259,852) WPKL - 616 (80,535) Johor - 500 (72,525) Sabah - 228 (70,457) Sarawak - 365 (66,561) Negeri Sembilan - 531 (47,408) pic.twitter.com/CpaBtk9db5

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
63 kematian lagi direkodkan pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang meninggal dunia akibat virus berkenaan adalah 5,497.
Pada masa sama, sejumlah 5,271 lagi kes sembuh direkodkan dan jumlah keseluruhan kini 705,486, sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 67,669.
Setakat ini, 917 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 443 memerlukan alat bantuan pernafasan.

COVID-19: 4 Julai 2021 J kes sembuh: 5,271 J kumulatif: 705,486 (90.6%) J kes baru: 6,045 J kumulatif: 778,652 J kes aktif:67,669 Kes local: 6,025 (4,647WN, 1,378BWN) Kes import: 20 (13WN) J kematian: 63(54WN) J kumulatif:5,497(0.71%) J kes di ICU:917 Pesakit Intubated:443 pic.twitter.com/eVgJuPDQ85

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #Twitter #COVID-19 #jangkitan #ICU #unit rawatan rapi