MALAYSIA

COVID-19: Kes baharu masih melebihi 5,000

Astro Awani 27/06/2021 | 07:27 MYT
Jumlah keseluruhan kes melibatkan COVID-19 dalam negara kini adalah sebanyak 734,048. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan baharu akibat COVID-19 di Malaysia masih berada pada paras lebih 5,000 apabila 5,586 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Pertambahan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes melibatkan virus itu dalam negara adalah sebanyak 734,048.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 2,212 kes.
Ini diikuti Kuala Lumpur (628 kes), Sarawak (513 kes), Negeri Sembilan (501 kes), Johor ( 312 kes) dan Perak ( 229 kes).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan kes kematian baharu sebanyak 60 kes menjadikan jumlah kumulatif kini adalah 4,944 kes.
Berdasarkan jumlah kes baharu yang dilaporkan, sebanyak tiga kes import menerima jangkitan dari luar negara.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 61,395 kes.
Setakat ini, jumlah kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 866 kes dan daripada jumlah itu, 446 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes sembuh ketika ini adalah sebanyak 667,709 kes berikutan pertambahan kes sembuh sebanyak 4,777 kes hari ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #Twitter #Malaysia #COVID-19