awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes di Sabah terus meningkat akibat kes daftar lewat

Bernama
Bernama
20/08/2021
20:34 MYT
COVID-19: Kes di Sabah terus meningkat akibat kes daftar lewat
Pasukan pegawai kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu melakukan persiapan untuk membuat pengambilan sampel swab terhadap penduduk setempat. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Kes harian COVID-19 di Sabah terus meningkat daripada 2,583 kes pada Khamis kepada 2,738 kes semalam berikutan masih terdapat kes positif yang lewat didaftarkan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah kes positif itu, sebanyak 1,012 kes lewat selepas dua hingga tiga hari keputusan saringan diketahui, 223 kes lewat didaftar empat hingga lima hari dan 247 kes lewat daftar sehingga lebih lima hari.
"Pendaftaran lewat ini berlaku kerana pengumpulan dan penyemakan data secara teliti serta melibatkan jumlah yang agak banyak. Maklumat-Maklumat ini juga datang daripada pelbagai daerah di Sabah," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Masidi, yang juga jurucakap COVID-19 Sabah, berkata saringan kontak rapat kekal penyumbang terbesar kepada kes harian iaitu 1,616 kes atau 59.02 peratus diikuti saringan bergejala (654 kes), saringan kluster (172 kes) dan selebihnya saringan lain.
Beliau berkata pada masa sama, terdapat satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Sungai Pin 2 di Kinabatangan yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja dengan 30 kes kumulatif.
"Kes indeks melibatkan seorang wanita warga Indonesia, 52, yang bekerja di sebuah ladang sawit berdekatan Sungai Pin, Kinabatangan. Dia disahkan positif setelah menjalani ujian saringan tempat kerja pada 6 Ogos lepas selepas didapati bergejala," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sabah
#lewat daftar
#Masidi Manjun
#kontak rapat
#kluster
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan