awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes harian menurun, dua PKRC di Kelantan ditutup

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
28/06/2021
00:50 MYT
COVID-19: Kes harian menurun, dua PKRC di Kelantan ditutup
Dua pusat rawatan dan kuarantin COVID-19 berisiko rendah (PKRC) di Kelantan ditutup susulan penurunan kes harian di negeri itu. -Astro AWANI
KOTA BHARU: Dua pusat rawatan dan kuarantin COVID-19 berisiko rendah (PKRC) di Kelantan ditutup susulan penurunan kes harian di negeri itu.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin yang turut meminta rakyat Kelantan agar kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.
"Kita telah tutup dua PKRC, beberapa lagi dalam perancangan 'standby mode' kerana dalam seminggu ini ada penurunan kes di Kelantan.
"Namun kami mengharapkan rakyat Kelantan kekal mengamalkan SOP yang ada walaupun trend menunjukkan penurunan.
"Dua PKRC yang ditutup minggu lalu membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Salor dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu," kata Dr Zaini.
Setakat ini masih terdapat 11 PKRC yang beroperasi.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zaini memaklumkan Kelantan tidak berdepan masalah kekurangan bekalan vaksin dengan perolehan 50,000 dos seminggu.
Purata penerima suntikan setiap hari ialah 10,000 hingga 12,000 individu.
Topic Berkaitan
#Kota Bharu
#COVID-19
#PKRC
#vaksin
#SOP
#dos pertama
#dos kedua
#trend penurunan
#Zaini Hussin
#Kelantan
#PKRC tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan