PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 tempatan semalam menunjukkan sedikit penurunan, iaitu sebanyak 20,923 kes positif, menjadikan kes kumulatif sebanyak 4,122,004 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, hanya 115 kes atau 0.55 peratus dalam kategori 3, 4 dan 5.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, 20,695 kes atau 96.2 peratus melibatkan warga negara tempatan, manakala baki 790 kes, atau 3.8 peratus adalah bukan warga negara.
Kes yang memerlukan rawatan di ICU ialah sebanyak 302 kes, di mana 141 disahkan covid-19, 161 lagi kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.
Bagi perincian kes kategori 3, 4, dan 5, Dr Noor Hisham berkata, 33 kes tidak menerima sebarang vaksinasi, 48 kes tidak menerima dos penggalak, dan 34 kes sudah menerima dos penggalak.
Sehingga 12 tengah malam semalam, kadar R-Naught nasional ialah pada 0.93, dengan Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu 1.08, diikuti Perak (0.97), Sarawak (0.94), Melaka dan Kuala Lumpur (0.93), dan Negeri Sembilan (0.89),
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, bilangan penggunaan katil Kes Kritikal atau ICU di Kuala Lumpur adalah sehingga 70%, diikuti Putrajaya (67%), Johor (59%), Pulau Pinang (57%), dan Selangor (53%)
Putrajaya mencatat penggunaan katil Bukan ICU tertinggi iaitu 76%, diikuti Selangor (70%), WP Kuala Lumpur (59%), Melaka (57%), Terengganu (56%), Sarawak (51%), dan Perak (50%).
Beliau berkata, terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari.
“Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
“Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Mar 27 2022

Daripada jumlah tersebut, hanya 115 kes atau 0.55 peratus dalam kategori 3, 4 dan 5. - Foto fail

Harga Barang Naik | Peniaga mengeluh, mungkin terpaksa gulung tikar
Segelintir peniaga di Terengganu khuatir terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menampung kos operasi berikutan kenaikan harga barang serta kekurangan pelanggan. Mereka mendakwa, kenaikan harga barang menyebabkan orang ramai kurang berbelanja sekali gus menyebabkan pendapatan mereka merudum selain terpaksa menanggung kerugian.

Banjir | Polis beri amaran sebar berita palsu ada kematian
Orang ramai terutamanya pengguna media sosial diingatkan tidak menyebarkan berita palsu mengenai kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di beberapa kampung sekitar Kupang, Baling. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat memaklumkan, ia termasuk berita yang ditularkan mengenai kematian seorang mangsa akibat bencana berkenaan.

AWANI Pagi: Musim kemarau di Malaysia bermula, Adakah kita bersedia?
Sejak beberapa hari lalu, cuaca di Malaysia catat suhu panas melampau. Adakah musim kemarau di Malaysia sudah bermula? Adakah kita bersedia menghadapi perubahan itu? Apakah langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan untuk berdepan dengan cuaca panas melampau? #AWANInews #MalaysiaSihat

Banjir: 50,000 penduduk New South Wales diarah pindah
Keadaan ribut dijangka mula reda pada Selasa namun ancaman banjir masih berterusan sehingga hujung minggu ini.

AWANI Ringkas: Bendung ketirisan minyak masak subsidi

Baling Banjir: Sembilan sekolah terjejas, JPN & PPD diarah siap sedia
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah diminta bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya.

Pemberian subsidi adalah langkah betul bagi ringankan beban rakyat - Pakar ekonomi
Nungsari berkata pengumuman tersebut munasabah, tetapi pada masa yang sama ia akan memberi kesan kepada keadaan kewangan kerajaan.

Jiwa SME | Geran digital bantu aktifkan pemasaran syarikat
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi detik hitam buat Usahawan NM Aircond Sdn Bhd, Masitah Mohd Afandy. Mana tidaknya, dia hampir menutup syarikat perkhidmatan selenggara penghawa dingin yang diusahakan sejak 2014 kerana kehabisan simpanan dan aliran tunai.

Niaga AWANI: Malaysia Digital | Tadbir urus MD diselaras di peringkat tertinggi
Tadbir urus dan strategik pelaksanaan Malaysia Digital (MD) akan diselaras di peringkat tertinggi kerajaan dan pemantauan serta penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya, Kabinet juga telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi MD (MD-CC) bagi menyelaras tadbir urus dan operasi serta penganugerahan status.

Arsenal tandatangani Gabriel Jesus daripada Manchester City
Jesus menjadi pemain keempat dibawa masuk Arsenal dalam jendela perpindahan kali ini selepas.

COVID-19: Peru kuatkuasakan semula pemakaian pelitup muka
Keputusan itu dibuat kerana peningkatan jangkitan telah melebihi lima peratus.

COVID-19: 1,918 kes baharu, lapan kematian direkod
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,784 kes.

Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi.

Presiden Singapura positif COVID-19
Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan.

Ekonomi ASEAN diunjur tumbuh 4.9 peratus tahun ini
Keberkesanan program vaksinasi membolehkan pembukaan semula negara-negara anggota kesatuan terbabit, sekali gus mempercepat aktiviti ekonomi dan menyokong pemulihan pasaran pekerjaan.

COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Kes baharu harian COVID-19 meningkat 6.1 peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-26.

PM Ismail Sabri adakan lawatan ke Turkiye atas jemputan Presiden
Semasa lawatan itu, kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh mengenai kerjasama pascapandemik COVID-19.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Vietnam Airlines sambung semula perkhidmatan ke Indonesia
Vietnam Airlines menyambung semula perkhidmatan antara Ho Chi Minh City dan Jakarta, Indonesia pada Sabtu selepas dihentikan beberapa bulan lalu akibat COVID-19.