NATIONAL
COVID-19: Kes kembali bawah 2,000, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM 25 Feb

Kes harian COVID-19 di negara ini kembali ke angka kurang 2,000 dengan 1,924 kes buat pertama kalinya sejak penguatkuasaan selepas hampir dua bulan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selangor merupakan negeri yang mencatatkan jumlah kes positif baharu paling tinggi dengan 666 kes diikuti Johor (257), Sarawak (219) dan Kuala Lumpur (218).
Sementara kes harian COVID-19 di negara ini kembali ke angka kurang 2,000 dengan 1,924 kes buat pertama kalinya selepas hampir dua bulan.
Berikut merupakan lima tumpuan utama kenyataan media KKM pada 25 Feb:
1. Selangor kekal catat kes positif baharu paling tinggi dengan 666 kes.2. Jumlah kes positif baharu adalah terendah sejak 4 Januari.
3. Lapan kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,111 kluster.
4. 612 kluster diisytiharkan tamat.
5. 205 terima rawatan di Unit Rawatan Rapi, 92 diberikan bantuan alat pernafasan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami