COVID-19: Kes kembali melonjak, 6,239 kes baharu dan 75 kematian

Umavathi Ramayah
Jun 9, 2021 07:08 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus kekal mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 2,291 kes, diikuti Kuala Lumpur (704 kes) dan Negeri Sembilan (507 kes). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 negara kembali melonjak selepas merekodkan 6,239 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Semalam Malaysia merekodkan 5,566 kes, menyaksikan trend penurunan beberapa hari sebelum kes meningkat semula hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus kekal mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 2,291 kes, diikuti Kuala Lumpur (704 kes) dan Negeri Sembilan (507 kes).

TERKINI. 9 JUN. KES BAHARU HARI INI 6239#COVID19

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pecahan kes baharu #COVID19 pic.twitter.com/xDsc6f8n12

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#COVID19 Jumlah kes sembuh menunjukkan trend meningkat. Diingatkan, pesakit yang sembuh juga berisiko Sindrom COVID-19 Berpanjangan seperi lemah dan lesu atau sukar bernafas. Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Lindungi diri daripada dijangkiti COVID-19. pic.twitter.com/yFLQjX9zDD

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Status Terkini #COVID19, 9 Jun 2021 Kes sembuh= 7,386 Jumlah kes sembuh= 548,705 Kes baharu positif= 6,239 (6,228 tempatan, 11 import) Jumlah positif= 633,891 Kes kematian= 75 Jumlah kes kematian= 3,611 Kes dirawat di ICU= 905 Bantuan alat pernafasan= 453 pic.twitter.com/4pxj0lfffI

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, katanya, Perlis merekodkan kes paling rendah dengan hanya empat kes.
"Dengan 6,239 kes baharu, ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 633,891 kes," katanya dalam kenyataan di Twitter, di sini pada Rabu.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memberitahu, 75 individu lagi meninggal dunia menjadikan sejumlah 3,611 kematian dilaporkan di Malaysia sejak bermulanya pandemik.
Katanya, 905 individu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 453 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.
Menurutnya, kes sembuh bagaimanapun mengatasi kes baharu dengan 7,386.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) di negara ini terus menunjukkan penurunan dengan semalam mencatatkan 0.95.
#COVID-19 #program vaksinasi #Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #Khairy Jamaluddin #Pfizer-BioNTech #kes baharu