COVID-19: Kes mingguan, kemasukan ke hospital meningkat

Hafizi Rosli
Mei 16, 2022 04:40 MYT
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk juga meningat sebanyak 100 peratus. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 meningkat sebanyak 119.2 peratus iaiitu daripada 8,732 kes yang dicatatkan pada ME 18/2022 kepada 19,137 kes.
Dalam satu kenyataan secara mingguan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk turut meningat sebanyak 100 peratus.
Secara keseluruhan, peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 menurun pada ME 19/2022 dengan penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 10 peratus.
Penggunaan katil bukan kritikal meningkat sebanyak 18 peratus.
Turut mencatatkan peningkatan adalah kes kematian pada ME 19/2022 iaitu sebanyak 3.1 peratus kepada 32 kes.
Namun bilangan kes aktif COVID-19 menurun 17 peratus kepada 177,973 kes.
#COVID-19 #kes mingguan #Dr Noor Hisham Abdullah #Hospital