awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif di IKEA Damansara

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2021
07:32 MYT
COVID-19: Kes positif di IKEA Damansara
Jumlah kakitangan yang didapati positif serta butiran tentang tarikh terakhir mereka berada di cawangan tersebut bagaimanapun tidak dijelaskan.
KUALA LUMPUR:Jenama perabot IKEA umum cawangannya di Damansara ditutup buat sementara mulai hari ini susulan beberapa kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan kakitangannya serta pihak vendor perkhidmatan.
Menurut satu kenyataan pada Sabtu, kes-kes tersebut dikesan menerusi ujian saringan rutin yang dijalankan syarikat itu.
Namun, jumlah kakitangan yang didapati positif serta butiran tentang tarikh terakhir mereka berada di cawangan tersebut tidak dijelaskan.
“Kami dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menutup kedai kami mulai hari ini sehingga diberitahu kelak untuk menjalankan pengesanan kontak rapat dan kerja sanitasi mengikut standard KKM.
“Kami telah dan akan terus melaksanakan langkah keselamatan termasuk mengubah pekerja dari pihak vendor perkhidmatan, pengesanan kontak, ujian swab, kuarantin untuk kontak rapat serta kerja sanitasi,” menurut kenyataan tersebut.
Jelas IKEA, pelanggan yang dipercayai kontak rapat kepada kes positif akan dihubungi oleh pihak berkuasa.
“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan memastikan semua langkah-langkah pencegahan diambil di semua cawangan.”
Sebelum ini, IKEA Damansara pernah ditutup sementara pada 7 November 2020 selepas seorang pekerja sambilan disyaki positif COVID-19.
Topic Berkaitan
#Ikea
#Ikea Damansara
#kes positif
#COVID-19
#KKM
#ditutup
#gelombang
#COVID
#kluster
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan