awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes varian Omicron di UK mula 'berundur'

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2022
23:46 MYT
COVID-19: Kes varian Omicron di UK mula 'berundur'
Ketika ini, pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di tempat awam dan sekolah di England. - Foto fail/AP
LONDON: Setiausaha Kesihatan Britain, Sajid Javid pada Rabu berkata kes varian Omicron di UK 'mula berkurangan' selepas kerajaan bertindak menarik balik kebanyakan sekatan COVID-19 di England.
Memetik data Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS), Javid berkata langkah Pelan B yang dilaksanakan sejak Disember itu telah memberi masa untuk mengubah gelombang peningkatan jangkitan.
Bagaimanapun, Javid berkata penarikan balik sekatan menunjukkan satu "pencapaian penting", tetapi kewaspadaan tambahan perlu dikekalkan bagi mengelakkan keadaan buruk berlaku.
"Rancangan kami adalah untuk menggunakan masa yang diberikan dalam Pelan B, bagi mendapatkan kuasa tambahan dalam perjuangan menentang Omicron.
"Pelan ini telah berjaya dan data menunjukkan bahawa Omicron sedang 'berundur'. Data ONS menunjukkan penurunan dalam jangkitan, termasuk dalam kumpulan umur yang lebih tua.
"Kemasukan ke hospital juga telah berkurangan sejak minggu lalu. Dan bilangan pesakit COVID, di katil rawatan rapi kini berada pada tahap yang sama seperti pada Julai," katanya.
Ketika ini, pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di tempat awam dan sekolah di England.
Manakala pasport COVID-19 tidak menjadi kewajipan bagi menghadiri acara besar.
Angka rasmi menunjukkan bahawa jangkitan COVID-19 telah menurun di kebanyakan bahagian di UK buat kali pertama sejak awal Disember, dengan 94,432 kes positif baharu direkodkan pada Selasa.
Walaupun hospital di utara England masih tertekan kerana beban kes yang tinggi, Perdana Menteri Boris Johnson berkata kemasukan hospital dan pesakit di unit rawatan rapi di tempat lain di England semakin stabil atau menurun.
Kerajaan juga akan menghentikan galakkan bekerja dari rumah mulai Khamis depan.
Scotland dan Wales, yang menetapkan peraturan kesihatan awam mereka sendiri, juga telah mengumumkan kelonggaran sekatan yang sama.
Britain mempunyai angka kematian kedua terburuk akibat pandemik di Eropah selepas Rusia, dengan lebih 153,000 kematian berkaitan COVID-19 telah disahkan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Omicron
#Sajid Javid
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan