MALAYSIA
COVID-19: Kit ujian pantas antigen akan digunakan di seluruh Malaysia

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penggunaan kit ujian pantas antigen tersebut akan digunakan di semua hospital COVID-19 termasuk hospital di Sabah dan Sarawak. - gambar fail
Kit ujian pantas antigen dalam membuat saringan COVID-19 akan digunakaan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh Malaysia.
Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penggunaan kit ujian pantas antigen tersebut akan digunakan di semua hospital COVID-19 termasuk hospital di Sabah dan Sarawak.
Penggunaan kit ujian pantas antigen berkenaan adalah bagi memudahkan proses pengambilan sampel sekali gus mempercepatkan keputusan sesuatu sampel yang diambil.
“Kami tidak perlu menghantar sampel yang diambil ke makmal kerana kami boleh melaksanakan ujian tersebut di klinik ataupun di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Seperti KLIA, kami boleh meletakkan kabinet keselamatan bio di situ untuk melaksanakan ujian tersebut.
Tambahnya, saringan menggunakan kit ujian pantas antigen juga akan dijalankan ke atas semua petugas barisan hadapan setiap dua minggu sekali terutamanya bagi mereka yang bekerja di hospital yang merawat pesakit COVID-19.
Bagaimanapun, katanya, Malaysia masih belum lagi menerima kit ujian tersebut dan dijangkakan hanya akan tiba pada hujung minggu ini atau minggu hadapan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami