Kementerian Kesihatan (KKM) masih menggalakkan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menderma peralatan perlindungan peribadi (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan dalam merawat pesakit COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bekalan PPE bagi melindungi petugas barisan hadapan masih diperlukan kerana ia antara peralatan pakai buang yang digunakan setiap hari.
"Penggunaan PPE juga meningkat daripada dua hingga 10 kali ganda berbanding dengan keadaan normal," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi menjawab isu bekalan PPE yang dilaporkan masih kekurangan sehingga ia terpaksa dijahit sendiri oleh petugas KKM.
Dr Noor Hisham menjelaskan penggunaan PPE adalah setiap hari, berbeza dengan ventilator yang mencukupi setakat ini.
"Ventilator kita cukup, ada 956 unit, dah cukup tidak perlu ada pertambahan ventilator lagi. Tetapi tidak dengan PPE, NGO kalau nak derma, dermalah PPE kat kita (KKM). Kita masih terima PPE," katanya.
Dr Noor Hisham berkata KKM mempunyai sistem pemeriksaan stok PPE di negeri-negeri dan hospital di seluruh negara.
Beliau berkata perolehan PPE adalah melalui tiga kaedah iaitu secara pukal dari negeri-negeri dan pusat, perolehan di peringkat negeri dan secara derma daripada NGO.
"Apa yang penting ialah kita kena berterusan untuk mendapatkan PPE daripada perolehan. Setakat ini, PPE ada, sekurang-kurangnya dua minggu kita boleh bertahan," katanya.
Dr Noor Hisham berkata KKM masih terus mendapatkan PPE daripada perolehan dan akan mengaturkan pengagihan kepada setiap negeri dan hospital.
Mengenai jumlah pesara kakitangan kesihatan yang menyertai barisan hadapan KKM, Dr Noor Hisham berkata setakat ini 65 pakar perubatan dan lebih 1,000 jururawat sudah berbuat demikian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 14 2020
Bekalan PPE dilaporkan masih kekurangan sehingga ia terpaksa dijahit sendiri oleh petugas KKM kerana ia antara peralatan pakai buang yang digunakan setiap hari. --fotoBERNAMA/Hiasan
Mendiang Mutang selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial
Jasad mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial, 33 km dari sini hari ini.
Lagi insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur, kali ini berdekatan Jalan Pinang
Difahamkan, sekurang-kurangnya sebuah kenderaan turut dihempap pokok dalam kejadian tersebut.
AWANI Ringkas: Gunung berapi Ibu meletus, muntahkan abu setinggi 5km
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Biden ulangi kebimbangan mengenai serangan Israel di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengulangi kebimbangan mengenai kesan buruk yang akan berlaku susulan serangan Israel keatas Rafah.
Gunung berapi Ibu meletus di Indonesia
Gunung berapi Ibu di pulau terpencil Halhamera di Indonesia meletus sekita jam 9.12 pagi waktu tempatan.
JDT terus kuasai Asia Tenggara, ke-14 terbaik Asia
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
Prosedur tampal kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid baru-baru ini menunjukkan reaksi positif.
Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer
Gunung berapi Ibu diklasifikasikan sebagai tahap bahaya ketiga, di bawah tahap tertinggi IV.
Hanya bas dibenarkan, van pelancong dari Thailand tidak dibenarkan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan hanya bas dri Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia, van pelancongan dari negara itu tidak dibenarkan kerana khuatir menjejaskan industri pelancongan negara.
Johor cadang tambah gerabak KTMB JB Sentral - MB
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah bilangan gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Johor Bahru Sentral (JB Sentral).
Bekalan cukup pengaruhi kestabilan harga - Armizan Ali
Pelbagai elemen diambil kira dalam menentukan harga barangan termasuk ketersediaan bekalan di pasaran yang akan mempengaruhi kestabilan harga.
LKIM jamin bekalan, harga ikan terkawal pada Ramadan dan Aidilfitri
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan harga ikan di seluruh negara secara keseluruhannya masih terkawal dan bekalan juga mencukupi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti.
Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus
Semakan menunjukkan peruncit dan farmasi mempunyai bekalan yang mencukupi dan sedang mengisi semula stok di premis mereka.
Johor cari kaedah tangani isu kekurangan bekalan BPT - MB
Walaupun bekalan beras dan barang keperluan asas bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, namun ia menjejaskan kesejahteraan penduduk Johor.
Jangan buat pembelian panik, beras mencukupi di Johor - Exco
Penggunaan beras bagi rakyat negeri ini hanya 21,000 tan metrik sebulan manakala bekalan yang ada 23,000 tan metrik.
Krisis Sudan: Hospital berdepan kekurangan kakitangan, bekalan perubatan
Sebahagian besar kakitangan terpaksa mengosongkan kawasan hospital atas faktor keselamatan.
Tiada masalah bekalan, Melaka sedia 2.4 juta telur di Semenanjung sepanjang Ramadan
FAMA Melaka menyediakan 2.4 juta biji atau 80,000 papan telur untuk dibekalkan ke seluruh Semenanjung bagi keperluan rakyat sepanjang Ramadan ini.
FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur kembali normal
Komitmen itu dinyatakan selepas pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.
HLIB jangka harga minyak kekal tidak berubah pada separuh pertama 2023
Ia menjangkakan bekalan dan permintaan minyak global akan setara pada 100 juta hingga 102 juta tong sehari pada separuh pertama 2023.
Sekuriti makanan: Malaysia perlu kembali ke bidang pertanian - MPN
Muhyiddin berkata beberapa kawasan pertanian perlu dimajukan semula kerana permintaan yang tinggi mutakhir ini dan mengurangkan kebergantungan terhadap bahan makanan import.