NATIONAL

COVID-19: Kluster tempat kerja antara 19 daripada 36 kluster baharu

Hilmi Malik 09/08/2021 | 11:54 MYT
Sebanyak 36 lagi kluster baharu direkodkan yang menyaksikan kategori tempat kerja sebagai penyumbang tertinggi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Sebanyak 36 lagi kluster baharu direkodkan yang menyaksikan kategori tempat kerja sebagai penyumbang tertinggi, iaitu sebanyak 19 kluster, diikuti penularan komuniti sebanyak 13 kluster.

Lain-lain kategori kluster yang terlibat adalah pusat tahanan iaitu sebanyak dua kluster, serta kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan masing-masing satu kluster.

Bagi pertambahan kluster mengikut negeri, Johor dan Kelantan merupakan yang tertinggi, masing-masing dengan 10 kluster baharu.

Jumlah kluster aktif setakat ini adalahj sebanyak 1,232.

Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster tersebut:
Berikut merupakan perincian 36 kluster baharu yang dilaporkan.


Berikut merupakan perincian 36 kluster baharu yang dilaporkan.


#COVID-19 #Kluster tempat kerja #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #Kluster baharu