MALAYSIA
COVID-19: Lagi 12 kematian baharu direkodkan
Sebanyak 3,343 kes dirawat di hospital dan 198 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,750 orang, daripada 2.79 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 40,276 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 33,075 individu atau 82.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,660 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,343 kes dirawat di hospital dan 198 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 105 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 93 lagi memerlukan mesin ventilator.