MALAYSIA
COVID-19: Lagi 18 kematian baharu dilaporkan
2 daripada 18 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 18 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,696 orang, daripada 2.78 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 2 daripada 18 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 39,742 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 32,517 individu atau 81.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,583 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,389 kes dirawat di hospital dan 253 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes icu membabitkan 147 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 106 lagi memerlukan mesin ventilator.