MALAYSIA
COVID-19: Lagi 31 kematian baharu direkodkan
Seramai 3,522 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,591 orang, daripada 2.76 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sembilan daripada 31 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 39,682 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 32,421 individu atau 81.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,522 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,487 kes dirawat di hospital dan 252 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 118 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 134 lagi memerlukan mesin ventilator.