awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Lanjutan kontrak MotoGP Malaysia dijangka diketahui bulan ini - CEO SIC
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Larangan makan dalam premis bermula esok di Sabah

Bernama
Bernama
28/05/2021
14:40 MYT
COVID-19: Larangan makan dalam premis bermula esok di Sabah
Masidi berkata larangan itu melibatkan restoran, restoran premis hotel, kedai dan gerai makan, kedai kopi serta medan selera seluruh negeri. - Gambar fail/ BERNAMA
KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri hari ini memutuskan larangan makan di dalam premis makanan bermula esok hingga 2 Jun bagi mengekang penularan COVID-19.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata larangan itu melibatkan restoran, restoran premis hotel, kedai dan gerai makan, kedai kopi serta medan selera seluruh negeri.
"Larangan ini mengambil kira lonjakan kes baharu harian (COVID-19) melepasi angka 300 iaitu 308 kes baharu direkodkan hari ini," katanya yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 menerusi kenyataan di sini malam ini.
Sementara itu, beliau berkata masjid dan surau di seluruh negeri dibenarkan untuk melaksanakan solat fardu berjemaah lima waktu dan solat Jumaat, bagaimanapun perlu mengehadkan jemaah kepada maksimum 50 orang atau satu pertiga kapasiti keluasan ruang masjid atau surau terlibat, yang mana lebih rendah.
"Arahan ini berkuat kuasa bermula esok (29 Mei) sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak...aktiviti rumah ibadat lain juga mengikut 50 orang atau kapasiti satu pertiga mana-mana yang lebih rendah bagi membolehkan penjarakan fizikal satu meter dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Masidi Manjun
#solat fardu
#Premis
#masjid
#larangan makan dalam premis
#dine in
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan