[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

COVID-19: Lebih 4,000 kes direkodkan di Sabah hari ini

Astro Awani 12/02/2022 | 07:34 MYT
Masidi turut menasihati orang ramai tidak mengunjungi lokasi sesak dan patuh kepada SOP ditetapkan.
KUALA LUMPUR: Sabah terus merekodkan peningkatan kes positif apabila jangkitan terbaharu direkodkan sebanyak 4,107 kes.
Jelas Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, 99.66 peratus atau 4,093 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 manakala 14 kes melibatkan Kategori 3 hingga 5.
Menerusi ciapan di Twitter, 55 peratus kes adalah simptomatik atau sporadik dan punca jangkitan tidak diketahui.
Katanya, penularan sporadik kebiasannya dijangkiti ketika berada di tempat ramai tanpa pematuhan prosedut operasi standard (SOP).
"Kota Kinabalu menyumbang kes tertinggi dengan 1,229 kes. Manakala 10 daerah lain merekodkan angka tiga digit," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai tidak mengunjungi lokasi sesak dan patuh kepada SOP ditetapkan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sabah #Kes positif Sabah #Masidi Manjun #penularan sporadik