[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

COVID-19: Lima suspek diambil rakaman percakapan berhubung berita palsu

Bernama 24/03/2020 | 04:43 MYT
SAIFUDDIN: Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. -Gambar fail
Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil rakaman percakapan lima suspek atas tuduhan menyebarkan berita palsu mengenai COVID-19.
Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata ia merupakan tambahan kepada enam orang yang telah didakwa sebelum ini.
"Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
"(Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) SKMM dan PDRM akan terus berganding bahu melalui Jawatankuasa Jenayah Siber untuk menangani penyebaran berita palsu secara berterusan terutamanya mengenai COVID-19 yang boleh mengelirukan serta menimbulkan suasana ketidaktenteraman dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya menerusi laman Twitter rasminya hari ini dengan tanda pagar #MalaysiaBebasCovid19.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Saifuddin berkata sesiapa yang menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam, hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, boleh dikenakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.
Sesiapa yang menyebarkan kandungan bersifat lucah, palsu dan mengancam orang lain, Saifuddin berkata, kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
#berita palsu #COVID-19 #kegentaran awam #koronavirus #PDRM #Saifuddin Abdullah #Seksyen 505 b #SKMM