COVID-19: Lonjakan dua minggu selepas Hari Raya, 7,478 kes baharu dan 63 kematian

Hilmi Malik
Mei 26, 2021 07:11 MYT
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,455 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi mencatat kes positif COVID-19 baharu tertinggi dengan 7,478 kes direkodkan sepanjang 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini kepada 533,367 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,455 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 760 kes dan negeri Sarawak dengan 640 kes.
Lonjakan adalah selepas dua minggu negara meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 13Mei lalu.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut negeri:
Selangor - 2,455
Sabah - 229
Johor - 587
WPKL - 760
Sarawak - 640
Pulau Pinang - 420
Kelantan - 547
Negeri Sembilan - 370
Perak - 264
Kedah - 542
Melaka - 230
Pahang - 171
Terengganu - 177
WP Labuan - 49
WP Putrajaya - 29
Perlis - 8

Sehingga 26 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,478 kes (533,367 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 2,455 (174,775) Sabah - 229 (61,057) Johor - 587 (55,682) WPKL - 760 (55,471) Sarawak - 640 (43,966) Pulau Pinang - 420 (26,919) pic.twitter.com/EKeP26GWcZ

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kelantan - 547 (23,969) Negeri Sembilan - 370 (23,813) Perak - 264 (19,262) Kedah - 542 (16,570) Melaka - 230 (10,578) Pahang - 171 (8,411) Terengganu - 177 (7,675) WP Labuan - 49 (2,994) WP Putrajaya - 29 (1,766) Perlis - 8 (459) pic.twitter.com/yAfaTYhagS

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, terdapat lima kes import dilaporkan menerima jangkitan dari luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 telah menjadi sebanyak 66,478 kes,” katanya.
Mengulas mengenai kes kematian, terdapat pertambahan sebanyak 63 kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 2,432 kes.
Setakat ini, sebanyak 756 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 377 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kes sembuh mencatatkan pertambahan sebanyak 4,665 kes dan keseluruhan kes sembuh kini adalah sebanyak 464,727 kes.
#COVID-19 #Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #Malaysia #kes positif #kes tertinggi #kematian tertinggi