awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Majlis Konvokesyen UUM ke-33 dibatalkan

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
29/10/2020
05:32 MYT
COVID-19: Majlis Konvokesyen UUM ke-33 dibatalkan
Pihak pengurusan UUM mengambil tindakan pengawalan dan pencegahan serta menekankan pelaksanaan SOP demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga UUM dan masyarakat setempat. - Astro AWANI
SINTOK:Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) kali ke-33 yang sepatutnya berlangsung pada November kini dibatalkan.
Menurut Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM, keputusan itu diambil selepas mengambil kira saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ia juga bagi menjaga kesihatan serta keselamatan seluruh warga UUM, termasuk penuntut dan staf pengurusan, selain masyarakat setempat yang tinggal berhampiran kampus induk di Sintok itu.
"Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan UUM prihatin mengenai perkembangan terkini penularan wabak COVID-19 berdasarkan laporan semasa daripada MKN dan KKM.
"Penularan wabak COVID-19 ini diklasifikasi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik.
"Oleh itu, pihak pengurusan UUM mengambil tindakan pengawalan dan pencegahan serta menekankan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga UUM dan masyarakat setempat," jelas jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, graduan UUM dinasihatkan melayari laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA), UUM mulai 5 November ini bagi mendapatkan maklumat berkaitan kaedah memperoleh transkrip dan ijazah masing-masing.
Topic Berkaitan
#universiti utara malaysia
#UUM
#Majlis Konvokesyen
#Jabatan Hal Ehwal Akademik
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Majlis Keselamatan Negara
#Kementerian Kesihatan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#kesihatan
#KKM
#SOP
#WHO
#keselamatan
#pandemik
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan