SHAH ALAM: Tular di media sosial kebelakangan ini mengenai gambar dan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh pelbagai pihak hingga mencetuskan kemarahan orang ramai lebih-lebih lagi ketika negara masih mencatatkan angka jangkitan COVID-19 yang tinggi.
Namun di sebalik penularan isu itu, majoriti rakyat Malaysia masih kekal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan apatah lagi ia sudah menjadi sebahagian norma baharu kehidupan harian dan dipraktikkan secara meluas di seluruh negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lepas.
Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Fauziah Mohd Saad berkata perkara itu terbukti ketika sambutan Hari Raya baru-baru ini yang menyaksikan majoriti rakyat patuh dengan arahan kerajaan agar tidak mengadakan aktiviti kunjung-mengunjung.
"Namun dari segi penguatkuasaan, perlu ada pemerkasaan oleh pihak berkuasa seperti pihak pengurusan pusat beli-belah yang sepatutnya mengawal jumlah kedatangan pengunjung," katanya kepada Bernama.
Pakar Kaunseling dan Motivasi bebas Hushim Salleh pula berpendapat bahawa pelanggaran SOP oleh segelintir rakyat berlaku kerana mereka telah melalui perintah kawalan pergerakan dalam tempoh yang panjang hingga berasa terkongkong.
"Mereka mengalami keletihan pandemik hingga mencetuskan kesan psikologi dan emosi yang membawa pada tahap mereka sudah tidak kisah dengan situasi penularan wabak COVID-19 ini.
"Mereka bukan tidak tahu pasal angka jangkitan kes dan nasihat mengenai SOP kerana ia boleh diperoleh daripada telefon pintar masing-masing tapi keadaan sekarang ada kalanya membawa kepada pemikiran yang tidak rasional," katanya.
Selangor masih mencatatkan kes tertinggi COVID-19 dengan sejumlah 1,650 kes baharu direkodkan semalam (17 Mei).
Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Malina Osman menyifatkan ketidakpatuhan SOP dalam kalangan penduduk di Selangor terutama di Shah Alam menjadi punca peningkatan kes positif COVID-19.
Tinjauan Bernama di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati dekat sini juga mendapati keadaan tidak sesak sebagaimana ditularkan sebelum ini.
Ini susulan kerajaan negeri memasang khemah di luar CAC untuk kemudahan pesakit dan petugas di pusat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 17 2021
Majoriti rakyat masih kekal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan apatah lagi ia sudah menjadi sebahagian norma baharu kehidupan harian. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
Perhimpunan #Lawan: 29 individu dikenal pasti, lebih 20 laporan polis diterima
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan seramai 29 individu yang terlibat dalam perhimpunan #Keluar dan #Lawan di Dataran Merdeka semalam telah dikenal pasti.
Ambil Iktibar PRN Sabah, berkempen atas talian jalan terbaik - Bekas Pengerusi SPR
Pengalaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 yang lalu perlu diambil iktibar oleh semua pihak terutamanya ahli politik di negara ini.