awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Makmal Unimas, CRC Sibu akan terus pantau varian baharu

Bernama
Bernama
27/11/2021
20:00 MYT
COVID-19: Makmal Unimas, CRC Sibu akan terus pantau varian baharu
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan setakat Sabtu, tiada virus varian baharu itu dikesan di negeri tersebut.
KUCHING: Makmal Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu akan terus menjalankan analisis genom virus COVID-19 sebagai langkah pengesanan awal varian baharu B.1.1.529 di Sarawak.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat Sabtu, tiada virus varian baharu itu dikesan di negeri tersebut.
"JPBN juga menyokong peningkatan langkah-langkah pencegahan dan kawalan sempadan bagi pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi seperti dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan.
"Rakyat tidak perlu risau atau panik dengan pemakluman varian baharu ini kerana langkah pencegahan jangkitan COVID-19 termasuk varian baharu itu tetap sama iaitu pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, penjagaan kebersihan diri serta vaksinasi dos penggalak," menurut kenyataan itu.
Sarawak pada Sabtu merekodkan 137 kes baharu COVID-19 dan dua kematian.
JPBN memaklumkan purata kes harian baharu yang dilaporkan di negeri itu bagi November (setakat hari ini) ialah 345 kes, menyaksikan penurunan berbanding Oktober dengan 1,013 kes.
Bilangan kematian disebabkan COVID-19 bagi bulan ini juga menurun kepada 181 kes berbanding 497 pada bulan lepas.
"Kadar kebolehjangkitan COVID-19 Sarawak semalam ialah 0.78, yang merupakan kadar paling rendah berbanding negeri lain," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#Sibu
#Malaysia
#varian baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan