awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia boleh capai kurang 1,000 kes harian pada Oktober - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
15/07/2021
11:02 MYT
COVID-19: Malaysia boleh capai kurang 1,000 kes harian pada Oktober - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, hanya empat peratus kes COVID-19 kategori tiga, empat dan lima dikesan dalam jumlah jangkitan hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan bilangan jangkitan harian COVID-19 akan turun ke bawah angka 1,000 kes menjelang Oktober ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu dapat dicapai seandainya program vaksinasi berjalan lancar seperti yang dirancang.
"... keberkesanan vaksinasi dianggap purata 75 peratus, kerana kita menggunakan lima (jenis) vaksin dengan pelbagai keberkesanan.
"... kalau unjuran keberkesanan adalah 80 peratus dan laksanakan 150,000 dos kedua vaksin sehari, kita jangkakan pada bulan Oktober kes akan turun bawah 1,000," katanya semasa sidang media pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, angka jangkitan harian diunjurkan sudahpun mencecah 13,000 kes pada 14 Jun lalu jika langkah ketat termasuk total lockdown dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan (PKPD) tidak dilaksanakan.
Ujarnya, walaupun PKP bukan penyelesaian sepenuhnya namun ia memberi ruang dan masa untuk kementeriannya mengurus pertambahan katil dan ubat-ubatan di hospital.
Dalam pada itu katanya, Labuah menjadi contoh terbaik kawalan jangkitan dengan pemberian vaksin kepada penduduknya.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) menyasarkan untuk memberikan suntikan vaksin sehingga 400,000 sehari kepada penduduk di negeri Selangor bagi mengekang penularan COVID-19.
Negeri Selangor antara kawasan yang diberikan tumpuan oleh kerajaan dan setakat Rabu, sebanyak 114,000 suntikan vaksin diberikan dalam masa sehari.
Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata, hanya empat peratus kes COVID-19 kategori tiga, empat dan lima dikesan dalam jumlah jangkitan hari ini.
Ujarnya, ia mewakili hanya 531 kes daripada keseluruhan 13,215 yang dikesan dalam masa 24 jam lepas.
"Kategori satu tanpa gejala pada hari ini ialah 8,047 kes, kategori dua mempunyai gejala ringan ialah 4,637, jumlah keseluruhan 12,684 kes bersamaan 96 peratus.
"Kategori tiga ada jangkitan paru-paru dan kategori empat ada jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen dan kategori lima memerlukan alat bantuan pernafasan, keseluruhannya ialah 531 kes," ujarnya.
Topic Berkaitan
#unjuran kes
#turun pada Oktober
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#vaksinasi
#purata kes harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan