[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

COVID-19: Malaysia rekod kes kematian tertinggi

Astro Awani 17/05/2021 | 07:22 MYT
Selangor mencatatkan kes harian tertinggi COVID-19 dengan pertambahan sebanyak 1,650 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan angka kematian baharu COVID-19 tertinggi hari ini dengan 45 kematian, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus itu setakat ini ialah 1,947 kes.
Pada masa sama, negara mencatatkan 4,446 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 474,556 kes.
Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 1,650 kes, diikuti Sarawak (433 kes), Johor (391 kes), Kelantan (343 kes), dan Kuala Lumpur (297 kes).
Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah 43,506.
Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 2, 784 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 429,103 kes.
Setakat ini, 522 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 273 orang memerlukan bantuan pernafasan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Noor Hisham Abdullah #Twitter #Kuala Lumpur #Negeri Sembilan #Malaysia #COVID-19 #kes positif #Kes sembuh #jumlah kumulatif