MALAYSIA
COVID-19: Manfaat tempoh PKP, tanpa pinggirkan panduan keselamatan
Namun di sebalik setiap aktiviti itu, amalan penjarakan sosial dan meningkatkan tahap kebersihan turut dipraktikkan sebaiknya oleh penduduk kampung ini. FOTO: Astro AWANI
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak aktiviti berguna boleh dilakukan walau di mana sahaja anda berada.
Bagi penduduk luar bandar khususnya di Penempatan Semula Bengoh (BRS) Kampung Rejoi, Padawan, mereka manfaatkan waktu ini dengan bercucuk tanam.
Namun di sebalik setiap aktiviti itu, amalan penjarakan sosial dan meningkatkan tahap kebersihan turut dipraktikkan sebaiknya oleh penduduk kampung ini.
Menurut ketua Kampung Rejoi, Tim Kawen, aktiviti ini antara yang menjadi pilihan penduduk di sini sepanjang tempoh PKP setakat ini.
“Selain bercucuk tanam, banyak juga aktiviti lain dilakukan oleh penduduk kampung di sini, ada yang memasak ada yang memilih untuk membantu ibu dan bapa di dapur.
“Bagaimanapun kami tetap mengamalkan setiap langkah kesihatan diumumkan pihak kerajaan kerana kami tidak mahu wabak ini menular, jadi penting untuk tingkat kebersihan diri,” kata Tim.
Antara yang diusahakan oleh Tim dan keluarganya adalah sayur cangkuk manis dan bandung.
Lebih menarik kesemua tanaman ini diusahakan di halaman belakang rumahnya dan ia tidak dijual kerana ia dilakukan bagi mengisi masa lapang keluarga ini.
Sementara itu bagi anak kepada Tim, Denilson Tim yang masih bersekolah, tempoh PKP ini membolehkan dia memanfaatkan waktu sebaiknya untuk membantu ibu dan bapanya di rumah.
Namun tidak sesekali membelakangkan tugas hakiki sebagai seorang pelajar dengan menyiapkan setiap tugasan yang diberikan oleh gurunya di sekolah.
“Selain menolong ayah saya bercucuk tanam, saya juga suka menolong ibu saya di rumah dan pada waktu ini juga saya akan mengulang kaji setiap subjek dan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru melalui aplikasi Whatsapp,” katanya.