awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Masjid, surau di P. Pinang disaran ringkaskan aktiviti keagamaan

Bernama
Bernama
22/10/2020
21:18 MYT
COVID-19: Masjid, surau di P. Pinang disaran ringkaskan aktiviti keagamaan
Aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Pulau Pinang disaran diringkaskan bagi mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan jemaah dan ahli kariah. -Gambar fail
BUTTERWORTH:Aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Pulau Pinang disaran diringkaskan bagi mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan jemaah dan ahli kariah, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.
Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti, berkata kerajaan negeri kini sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) berhubung kehadiran jemaah ke masjid dan surau.
"Kerajaan negeri sedang memikirkan untuk meningkatkan SOP sedia ada malah kebenaran untuk hadir ke masjid mungkin kita akan pendekkan waktu berjemaah iaitu dengan memendekkan atau meringkaskan (sebarang bentuk aktiviti)," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama guru dan penyelia Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sini, pada Khamis.
Bagaimanapun, katanya setakat ini tiada keperluan untuk menutup masjid dan surau di negeri itu kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Terdahulu, Ahmad Zakiyuddin mengumumkan Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah mengagihkan sebanyak RM3.015 juta elaun tambahan kepada guru yang terlibat dalam program KAFA di negeri itu.
"Peruntukan yang disediakan ZPP adalah melalui dana bantuan agihan fi sabilillah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti keagamaan
#masijd
#surau
#pulau pinang
#COVID-19
#jemaah
#ahli kariah
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan