[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

COVID-19: MDA batal kelulusan bersyarat dua kit ujian kendiri

Bernama 11/04/2022 | 12:16 MYT
Perkara itu dimaklumkan MDA menerusi infografik serta kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Facebook rasmi hari ini.
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah membatalkan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID-19 daripada Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.
Perkara itu dimaklumkan MDA menerusi infografik serta kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Facebook rasmi hari ini.
"Pembatalan ini (kelulusan bersyarat) dibuat kerana syarikat tersebut telah gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA dan berkuat kuasa serta-merta.
MDA juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan," menurut catatan itu.
-- BERNAMA
#COVID-19 #Pihak Berkuasa Peranti Perubatan #MDA #kit ujian kendiri