MALAYSIA

COVID-19: Melaka catat kadar kebolehjangkitan tertinggi - Dr Noor Hisham

Bernama 14/02/2021 | 02:31 MYT
Infografik dikongsikan Dr Noor Hisham juga menunjukkan Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.06 diikuti Kedah (1.04) dan Johor (1.01). -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara iaitu pada 0.92 setakat semalam dengan Melaka mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.07.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau menunjukkan Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.06 diikuti Kedah (1.04) dan Johor (1.01).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Negeri-negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.96), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak (0.95), Kelantan (0.92), Selangor (0.89), Pahang (0.86), Terengganu (0.82), Sabah (0.80), Perlis (0.77), Putrajaya (0.73) manakala Labuan (0.65).

Semalam, kes baharu positif pandemik COVID-19 merekodkan empat angka dengan 3,499 kes selain lima kematian dilaporkan.

-- BERNAMA
#Noor Hisham Abdullah #Rt tertinggi #kadar kebolehjangkitan #kes harian #pandemik #COVID-19 #kes positif