COVID-19: Menteri KBS gesa pembukaan semula gimnasium, sukan padang

Afiezy Azaman
September 8, 2021 01:22 MYT
Ahmad Faizal menggesa pembukaan semula gimnasium dan sukan padang selepas kerajaan memberikan kelonggaran SOP kepada industri kreatif berkuat kuasa Khamis ini. -Gambar fail
MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa pembukaan semula gimnasium dan sukan padang (outdoor sports) selepas kerajaan memberikan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada industri kreatif berkuat kuasa Khamis ini.
BACA: Kelonggaran SOP kepada lebih 19,000 penggiat industri kreatif
Beliau turut menyeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipimpin Khairy Jamaluddin untuk mempertimbang cadangan tersebut dengan SOP ketat demi kelangsungan hidup mereka yang terlibat.
"Panggung wayang dibuka? Gimnasium, sukan padang? Mungkin perlu dibuka dengan SOP ketat.

Panggung wayang dibuka?? Gimnasium, sukan padang? Mungkin perlu dibuka dengan SOP ketat. Ramai yg hampir terhenti nafas. Tolonglah @KKMPutrajaya

— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) September 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ramai yang hampir terhenti nafas, tolonglah KKM.
"Tolonglah Khairy Jamaluddin. Perlu ada kewajaran dalam keputusan kita."

Cinema opened?? Gym and outdoor sports?? Pls YB @Khairykj , there need be wisdom in our decisions.

— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) September 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"KBS telah mencadangkan agar sukan padang (outdoor sports) dan gimnasium dibuka, kuasa ada pada Majlis Keselamatan Negara (MKN), harap KKM sokong," katanya melalui ciapan Twitter, pada Rabu.

KBS telah cadangkan agar sukan padang (outdoor sports) dan gimnasium dibuka. Kuasa ada pada MKN. Harap KKM sokong.

— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) September 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, kerajaan bersetuju melonggarkan SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif, bermula Khamis ini.
Keputusan itu yang dibuat berdasarkan perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, Khamis lalu.
#COVID-19 #KBS #Kementerian Kesihatan #Khairy Jamaluddin #KKM #Majlis Keselamatan Negara #pandemik #Pelan Pemulihan Negara #PPN #SOP #sukan #Twitter