awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Mercy Malaysia bantu keperluan oksigen, alat pernafasan di India

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2021
03:10 MYT
COVID-19: Mercy Malaysia bantu keperluan oksigen, alat pernafasan di India
Dr Ahmad Faizal menjelaskan, pihaknya akan menghantar ubat-ubatan yang sesuai dan diperlukan untuk mengatasi masalah di negara berkenaan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) akan memberi fokus bantuan untuk menyelesaikan masalah kekurangan oksigen dan alat bantuan pernafasan yang kritikal di India
Presidennya, Prof Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus menjelaskan, selain itu, pihaknya akan menghantar ubat-ubatan yang sesuai dan diperlukan untuk mengatasi masalah di negara berkenaan.
"Bagaimana ia disampaikan, kami bekerjasama dengan rakan kerjasama di Malaysia dan India untuk menghantar peralatan ini dari Malaysia ke sana.
"Kebanyakan alat-alat yang disebut tadi terutama sekali oxygen concentrators dan high flow nasal cannula (HFNC) terpaksa dicari di luar India.
"Sebabnya sekarang di India kita tidak boleh hendak dapatkan barang-barang ini dengan mudah dan sekiranya ada, harganya melambung tinggi di pasaran gelap," katanya semasa sidang video pada Jumaat.
MERCY Malaysia lancar Tabung COVID-19 India
Gelombang kedua COVID-19 di India menunjukkan peningkatan mendadak kes sejak dua minggu lalu dengan angka tertinggi melebihi 400,000 kes positif sehari direkodkan pada 1 Mei, menyaksikan kesesakan luar biasa di hospital, rumah mayat dan tempat pembakaran mayat.
India mencatatkan lebih 300,000 kes harian selama 10 hari berturut-turut, berada pada kedudukan kedua dunia selepas Amerika Syarikat, dengan merekodkan lebih 20 juta kes positif COVID-19 dan lebih 222,000 maut.
Buat masa ini, kata Dr Ahmad Faizal, pihaknya akan banyak bergantung dengan rakan kerjasama di India dan mengambil langkah paling minimum dalam bilangan kakitangan atau sukarelawan yang akan ke negara itu.
Jelasnya, ia disebabkan kekangan pandemik dan peraturan ketat kedua-dua negara.
Sebarang sumbangan untuk Tabung COVID-19 India Mercy Malaysia boleh disalurkan kepada Mercy Humanitarian Fund 5621 7950 4126 (Maybank) dengan rujukan: COVID-19 India atau layari www.mercy.org.my.
COVID-19 | Permintaan bekalan oksigen meningkat 7 kali ganda
Topic Berkaitan
#India
#Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia
#mercy malaysia
#bantuan oksigen
#Ahmad Faizal Perdaus
#oxygen concentrators
#high flow nasal cannula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan