[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
MALAYSIA

COVID-19: Muar kini zon merah, jumlah keseluruhan zon merah 27

Bernama 15/04/2020 | 06:29 MYT
Daerah Muar di Johor merekodkan 44 kes positif COVID-19. - Gambar fail
Satu lagi daerah iaitu Muar di Johor dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 27 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).
Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah Muar merekodkan 44 kes positif COVID-19.
Sementara itu, Lembah Pantai di Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif COVID-19 iaitu sebanyak 572 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor, masing-masing merekodkan 433 dan 359 kes.
Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.
Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,299 kes.
Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain seluruh Malaysia:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perak KES
Hilir Perak 65
Kinta 93
Selangor
Sepang 67
Petaling 359
Hulu Langat 433
Gombak 141
Klang 167
Hulu Selangor 49
Kuala Lumpur
Cheras 74
Kepong 131
Lembah Pantai 572
Titiwangsa 122
Putrajaya 54
Negeri Sembilan
Seremban 261
Rembau 53
Melaka
Jasin 68
Melaka Tengah 51
Pahang
Kuantan 91
Jerantut 70
Johor
Batu Pahat 51
Kluang 201
Johor Bharu 184
Muar 44
Kelantan
Kota Bharu 90
Sarawak
Kuching 240
Kota Samarahan 51
Sabah
Tawau 79
JUMLAH 3,861
-- BERNAMA
#Batu Pahat #Cheras #COVID-19 #Hulu Selangor #Kementerian Kesihatan #kesihatan #KKM #Klang #Kota Bharu #Kuantan #Kuching #Malaysia #Media #media sosial #Negeri Sembilan #Pahang #Putrajaya #Seremban #Tawau #Twitter