awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: MySejahtera kini ada fungsi lapor pelanggaran SOP

Hakim Rahman
Hakim Rahman
03/10/2021
03:51 MYT
COVID-19: MySejahtera kini ada fungsi lapor pelanggaran SOP
Orang ramai kini boleh melaporkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 kepada pihak berkuasa melalui aplikasi MySejahtera. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Orang ramai kini boleh melaporkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 kepada pihak berkuasa melalui aplikasi MySejahtera.
Fungsi baharu pada aplikasi itu yang membolehkan pengguna mengajukan aduan mereka kepada pihak berwajib dalam beberapa langkah mudah.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkongsi perkara itu melalui ciapan Twitter yang turut disertai klip video pendek menunjukkan cara aduan dibuat.
Aplikasi MySejahtera kini dilengkapi dengan butang baharu "Aduan" yang akan membawa pengguna ke halaman lain untuk mereka memilih jenis pelanggaran yang ingin mereka laporkan.
I have asked MySj to update slightly but the feature is there. https://t.co/pWJ51VPvUR pic.twitter.com/IEypqXAHOq
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 2, 2021
Ia menyenaraikan empat pilihan: Pelanggaran SOP untuk individu (tidak memakai topeng muka atau mematuhi jarak fizikal); pelanggaran oleh pengendali premis (kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan); pelanggaran perintah kuarantin; dan isu lain.
Pengguna kemudian diminta menanda lokasi tempat pelanggaran yang didakwa terjadi, sebelum memuat naik foto sebagai bukti.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#MySejahtera
#COVID-19
#aduan pelanggaran SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan