[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

COVID-19: Nilai Rt kekal 1.01, 12 negeri melebihi purata kebangsaan

Hafizi Rosli 21/11/2021 | 04:28 MYT
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia pada Sabtu kekal kepada 1.01 untuk dua hari berturut-turut - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di Malaysia pada Sabtu kekal pada 1.01 untuk dua hari berturut-turut.
Bagaimanapun 12 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan itu.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) antara negeri terbabit adalah Putrajaya, Labuan, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang.
Ini diikuti Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Pulau Pinang, Perak serta Terengganu.
Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan pula adalah Melaka, Sabah, Perlis serta Sarawak.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #purata kebangsaan #R-Naught