awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Nilai Rt naik 0.97, Sarawak tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2021
00:53 MYT
COVID-19: Nilai Rt naik 0.97, Sarawak tertinggi
Pada Rabu, sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
KUALA LUMPUR: KADAR kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di Malaysia kembali meningkat selepas menunjukkan trend menurun selama beberapa minggu.
Pada Rabu, ia meningkat kepada 0.97 berbanding 0.95 pada hari sebelumnya.
Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Sarawak mencatat kadar tertinggi dengan 1.17, diikuti Terengganu (1.08), Pulau Pinang (1.06), Johor (1.06), Perlis (1.05), Kelantan (1.02), Pahang (1.02), Perak (1.02) dan Putrajaya (0.98).
Sementara itu, Kedah dengan kadar Rt pada 0.96, Sabah (0.95), Melaka (0.94), Selangor (0.86), Negeri Sembilan (0.84) dan Kuala Lumpur (0.80) mencatat angka di bawah purata kebangsaan.
Labuan pula hanya mencatatkan tujuh kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Topic Berkaitan
#kadar kebolehjangkitan
#COVID-19
#R-Naught
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan