awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pengarah urusan ditahan palsu dokumen mohon bantuan Perkeso

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
07/10/2020
04:31 MYT
COVID-19: Pengarah urusan ditahan palsu dokumen mohon bantuan Perkeso
Suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman. - Astro AWANI
ALOR SETAR:Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di Selangor ditahan atas dakwaan mengemukakan tuntutan palsu bagi mendapatkan bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada Mac.
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di sini kira-kira pukul 5.30 petang semalam.
Suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim membenarkan tertuduh direman selama empat hari bermula hari ini.
Lelaki terbabit didakwa mengemukakan penyata akaun disyaki mengandungi butiran palsu bagi membolehkan syarikatnya layak mendapat bantuan subsidi upah kerja daripada Perkeso untuk pekerja sekitar Mac lalu.
Hasil pemalsuan itu, syarikat tersebut dikatakan memperoleh bantuan upah pekerja dianggarkan lebih RM400,000 sebulan sedangkan syarikat tidak memenuhi kelayakan untuk mendapatkan subsidi berkenaan.
Ia berikutan syarikat yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan termasuk pembersihan itu didapati tidak mengalami kekurangan pendapatan akibat penularan COVID-19.
Pengarah SPRM negeri Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Pada 30 September lalu, suspek sama direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen dengan butiran palsu melibatkan tender sebuah kementerian bernilai lebih RM22 juta, dua tahun lalu.
Topic Berkaitan
#SPRM
#reman
#suspek
#penyata akaun
#butiran palsu
#palsu
#tuntutan palsu
#subsidi
#bantuan
#perkeso
#bantuan upah pekerja
#kurang pendapatan
#Shaharom Nizam Abd Manap
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan