awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja

Firdaus Azil
Firdaus Azil
15/07/2021
23:30 MYT
COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Zuhairi berkata pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh. -PMNP
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Perindustrian Makanan dan Minuman Negeri Pahang (PMNP) meminta kerajaan supaya membenarnya dine-in atau makan di restoran dan kedai-kedai termasuk restoran dalam hotel dengan mengehadkan dua pelanggan bagi setiap meja.
Pengerusi PMNP, Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir berkata, langkah mengehadkan dua pelanggan itu pernah dilaksanakan sebelum ini.
"Tidak membenarkan dine-in menyebabkan banyak perniagaan yang akan tutup dan lebih ramai rakyat di negeri ini hilang pekerjaan dan pendapatan," kata Zuhairi.
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.
"Namun kalau cakap dine-in itu tidak boleh, dua orang semeja tidak boleh, tetapi sektor kilang boleh, sektor pembinaan boleh, pasar raya boleh, pengangkutan awam boleh jalan," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Zuhairi turut mempertikai tindakan penguatkuasaan terhadap larangan dine-in ketika sektor-sektor lain masih dibuka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jelasnya, tindakan terhadap industri F&B itu boleh menjejaskan aliran tunai serta kebajikan pekerja.
PMNP dalam pada itu menurutnya akan menyediakan perkhidmatan guaman kepada pengusaha kilang, premis atau kedai berhubung rantaian bekalan makanan yang pernah dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Topic Berkaitan
#Pahang
#SOP
#peniaga
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#total lockdown
#restoran
#Kedai makan
#pengusaha
#Industri makanan dan minuman
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan